Thursday 30 April 2020

Sistem 2

Sistem Elektrik


Elektrik - Sejenis tenaga yang terhasil daripada pergerakan elektron dalam pengalir



Pengenalan kepada Elektrik








Komponen elektrik

Geganti (Relay)

Komponen elektrik yang mempunyai satu gelungan untuk mengawal suis supaya berlaku keadaan terbuka atau tertutup



Jenis-jenis geganti



Pengoperasian geganti





Transformer

1. Alat pegunyang berfungsi untuk menaik atau menurunkan voltan bekalan


2. Simbol

3. Jenis-jenis Transformer


 Pengoperasian Transformer



Motor Elektrik

1. Motor elektrik berfungsi untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal



2.Jenis-Jenis Motor elektrik
   i. Motor arus terus
  ii. Motor arus Ulang Alik

2. Simbol Motor elektrik



 Pengoperasian motor Elektrik




Solenoid

1. Solenoid digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal yang 
    bertindak sebagai suis.Konsep aruhan elektromagnet


2. Kegunaan untuk mengunci pintu kereta dan pengawal air pada mesin basuh

Pengoperasian Solenoid


1. Jika tidak dikendalikan injap solenoid keadaan lazim tertutup ( off )
2. Apabila gegelung mendapat bekalan elektrik injap solenoid akan terbuka jadi medium 
    akan dibenarkan mengalir
3.Sekiranya bekalan kuasa diputuskan injap akan kembali tertutup atas tindakan spring


SISTEM ELEKTRONIK

1. Sistem elektronik merupakan gabungan beberapa komponen yang di pasang bertujuan 
    mengawal operasi

Komponen Elektronik

Suis

1.Fungsi : Menyambung dan memutuskan pengaliran arus elektrik dalam litar




Perintang

1. Perintang adalah komponen pasif
2. Berfungsi untuk mengawal dn menghadkan pengaliran arus elektrik dalam litar



Pengiraan Nilai Perintang



Contoh pengiraan



Diod

1. Diod merupakan komponen aktif yang diperbuat daripada bahan semi konduktor
2. Berfungsi membenarkan arus mengalir melaluinya dalam satu arah sahaja

Jenis-Jenis diod




Transistor


1. Transistor diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti silikon dan germanium
2. Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus,voltan dan kuasa dan berfungsi 
    sebagai suis
3. Terdapat 2 jenis transistor iaitu
    i. Transistor NPN
   ii. Transistor PNP



Bahagian -bahagian transistor



Pemuat

1. Pemuat dikenali sebagai kapasitor




2. Pemuat berfungsi untuk menyimpan cas elektrik





Pembaz ( Buzzer )

1. Pembaz adalah komponen menukar gelombang elektrik ke gelombang bunyi
2. Pembaz digunakan untuk mengeluarkan isyarat bunyi penggera
3. Terdapat dua jenis pembaz 



SISTEM KAWALAN 

1. Satu set peranti yang mengawal sesuatu pergerakan atau fungsi sesebuah peralatan 
    atau mesin

2. Prinsip utama sistem kawalan






Input /Masukan – Sumber masukan bagi sesuatu sistem yang diperolehi daripada komponen seperti suis,alat pengesan atau tetikus

Proses –  Bahagian yang menerima maklumat daripada input (mekanikal/elektronik/Programmable logic control (PLC)

Output/Keluaran -Merupakan bahagian hasil keluaran sistem (motor/lampu/pembesar suara)

Sistem Kawalan terbuka - Bahagian keluaran (output) tidak memberi sebarang kesan terhadap sistem yang mengawal



Sistem kawalan tertutup - Mempunyai lebih daripada satu gelung .Hasil akan dibandingkan


Operasi Sistem kawalan


Kawalan manual – Menggunakan tenaga manusia sepenuhnya ( pam minyak manual)
                          
Sistem Kawalan semi auto – Gabungan antara manual dan Automatik ( Mesin basuh Semi Auto)
                                          
Sistem kawalan AutomatikTidak memerlukan tenaga manusia sepenuhnya (Mesin basuh automatik)

                             
                   

Tuesday 28 April 2020

Sistem

Sistem Mekanikal

Sistem - Gabungan beberapa elemen atau komponen yang beroperasi mengikut fungsi diprogramkan untuk melakukan kerja

Contoh pengertian sistem






Sistem - Peredaran Darah
Komponen ( organ ) - Jantung / Kapilari Darah /Vena /rerambut
Setiap organ menjalankan fungsi masing-masing bagi tujuan yang sama 


Sistem Mekanikal

Pengendaliann kuasa atau tenaga untuk melengkapkan sesuatu tugas melibatkan daya dan gerakan

Kelebihan: Mengurangkan tenaga manusia melakukan kerja

Sistem Mekanikal

1. Gear
2. Takal dan Tali sawat
3. Tuas
4. Pneumatik
5. Hidraulik

Gear

Apa itu gear ?

Roda bulat yang bergigi sekelilingnya




Jenis gear

Gear Taji

Dua jenis gear yng dipasang secara selari

fungsi : Digunakan untuk memindahkan tenaga antara aci selari

Contoh kegunaan: Mesin pemutar skru / Mesin Basuh



Gear Serong

Fungsi : Digunakan untuk memutarkan aci yang di pasang pada sudut 90 antara satu sam 
              lain

Contoh kegunaan : Mesin gerudi tangan / Alat pengadun elektrik



Gear Belitan

Berbentuk sebatang aci bergigi ( ulir ) dn bersirat gear yang berbentuk bulat
Fungsi : Memindahkan daya putaran aci kepada sudut tertentu
              Mengurangkan kelajuan mesin

Contoh kegunaan : Sepana Boleh laras




Gear Rak Dan Pinan

Fungsi : Menukarkan gerakan putaran atau sebaliknya

Contoh kegunaan : Stereng kereta / pemain cakera padat



Gear Heliks

Fungsi : Menghasilkan gerakan berkelajuan tinggi

Contoh kegunaan : Kotak gear kereta



Mekanisma operasi sistem gear

Operasi Asas Gerudi tangan

Gear : Gear serong
Komponen : Aci/bindu/Mata Gerudi


1. Apabila pemutar digerakkan ,gear serong akan berputar dan seterusnya menggerakkan 
    bindu

2. Mata gerudi yang dipasang pada bindu akan berputar dan menebuk permukaan kayu



Sistem Takal dan Tali Sawat ( Pully )

1.Terdiri daripada dua roda berlurah yang dipasang pada komponen aci dan disambungkan 
   dengan tali sawat

Fungsi : Memindahkan gerakan secara linear



1. Apabila takal pemacu berputar maka takal dipacu akan berputar pada arah yang sama

2. Kelajuan putaran tali sawat bergantung kepada nisbah diameter kedua-dua takal

3. Kegunaan : Mesin Jahit , Mesin Gergaji Gelung dan Mesin Gerudi Lantai

Mengenalpasti Kelajuan Sistem Tali Sawat






Mekanisme Pengoperasian sistem Takal Dan Tali Sawat



1. Apabila motor dihidupkan ia akan menggerakkan takal pemacu yang dihubungkan 
   dengan tali sawat ke takal di pacu

2.Takal di pacu akan bergerak dan menggerakkan bindu dan mata gerudi yang 
   bersambung dengannya

3.Apabila mata gerudi berputar proses menebuk lubang berlaku


Sistem Tuas ( Lever )

1. Sistem ringkas yang membantu melakukan kerja dengan lebih mudah


Komponen tuas : Daya --- Beban ----- Fulkrum

Contoh Aplikasi Jongkang -Jongkit ( seesaw)



2. Kelebihan 
    i. Menghantar dan mengubah daya dan gerakan
   ii. Suatu beban yang berat dipindahkan dengan menggunakan daya yang minimum

Pengkelasan Sistem Tuas



     Kuasa         = Daya
    Titik Tumpu = Fulkrum
    Beban         = Beban

    Contoh pengaplikasian sistem tuas dalam peralatan



Mekanisme Pengoperasian Sistem Tuas



1. Apabila daya dikenakan pada kedua-dua pemegang.Daya tersebut akan dihantar ke 
    bahagian pin
2. Pin bertindak sebagai Fulkrum berfungsi sebagai pusat tenaga yang mengawal 
    pergerakan hujung gunting
3. Hujung gunting akan menjadi rapat dan memotong helaian kertas



Sistem Pneumatik

Apa itu pneumatik ?
Sistem yang digerakkan oleh kuasa angin atau udara termampat

Komponen Pneumatik



Asas Pergerakan Pneumatik





Aplikasi Pneumatik dalam industri



Mekanisme Pengoperasian pneumatik



1. Apabila pemampat udara dihidupkan ia akan membekalkan udara bertekanan ke alat            atur yang berfungsi megawal udara keseluruh sistem

2. Injap Kawalan aliran berfungsi mengawal jumlah udara yang masuk ke penggerak

3. Penggerak hanya berfungsi apabila injap kawalan arah dikendalikan

4. Pemampat udara akan terhenti secara automatik apabila tekanan telah mencukupi

Sistem Hidraulik 

Apakah itu sistem hidraulik?
Sistem yang menggunakan cecair atau bendalir sebagai medium penghantar kuasa

Kelebihan sistem hidraulik
1. Tahan lasak dan sesuai untuk kerja berat

Komponen sistem hidraulik


   Pengoperasian Asas Sistem Hidraulik dalam Jek Kenderaan



Monday 27 April 2020

Pembinaan Dan Pengujian Model Berfungsi Dan Prototaip

Takrifan Model Berfungsi Dan Prototaip


Ciri-ciri Model Berfungsi Dan Prototaip


Kepentingan Merancang Pembinaan Model Fungsi Dan Prototaip
1. Dapat mereka bentuk produk yang memenuhi ciri-ciri ergonomik dan citarasa pengguna
2. Penambahbaikan reka bentuk dan fungsi
3. Membuat anggaran kos
4. Merancang tenaga pekerja
5. Membuat Ujian yang sempurna
6. Pemilihan lokasi pembinaan

Simbol Dalam Carta Alir


Pengujian Model Berfungsi Dan Prototaip


Wednesday 22 April 2020

Lukisan Kerja

1. Nyatakan 2 tujuan lukisan Unjuran Ortografik

2. Namakan arah pandangan dalam Lukisan Unjuran Ortografik

3. Berikan 2 jenis Lukisan Unjuran Ortografik

4.Namakan jenis lukisan unjuran ortografik berdasarkan simbol berikut


                                                                                       ( a )                                                  ( b )

5. Namakan jenis pendimensian berikut dalam Lukisan Unjuran Ortografik



                                                                                           ( i )                                                ( ii )

6. Nyatakan 3 tujuan lukisan Isometrik

7. Nyatakan ciri-ciri lukisan isometrik

8. Berikan 2 tujuan lukisan pemasangan

9. Nyatakan 3 ciri-ciri lukisan pemasangan