Wednesday 2 September 2020

Teknik Belajar ( Motivasi Menjelang Peperiksaan )

Kekalkan Imej Kejayaan ?

Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan?di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought at one time).

Jadi, apa yang selalu anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri kursus atau membaca buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan semangat menjelang peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam minda mereka.

Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej kejayaan ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan.

Untuk pengetahuan anda juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya menjadi seorang ahli korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik.

Jadi, latihan untuk hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk mengisi minda anda dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang akan menjatuhkan anda. Selamat mencuba.

Teknik 2

Dekati Sahabat Berfikiran Positif

Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling?anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda?pelajar lebih mudah?diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif??..????

Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar?untuk meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.

Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.

Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat,?anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.

Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Selamat mencuba


Kredit kepada Osman Affan ( www.Osmanaffan.com)

No comments:

Post a Comment